Citer sejarah sik kedah
Aku di lahirkan di Hospital Sg petani, dan dibesarkan di daerah sik, Kedah darulaman. Sik merupakan salah satu daerah di dalam negeri kedah. Sik adalah salah satu daerah yang paling mundur di Malaysia. Namun begitu sik terbahagi kepada dua dun pertama ialah dun belantik terletak di sebelah utara daerah sik dan yang kedua pula dikenali sebagai dun Jeneri iaitu bersebelah dengan jeniang (disebelah kiri dun belantik). Population di sik lebih kurang 150 000 orang ajer. tahun 1970 an sik adalah tempat tinggal yang sukar dihubungi. hubungan untuk ke sana hanya melalui jalan lama bersambung dengan gurun. teksi hanya akan ada pada pukul sepuluh pagi dan akhir sekali pukul 4.00 petang saja. apabila tiba di pekan Jeniang, sesiapa yang nak teruskan perjalanan ke sik mesti melalui sungai Jeniang dengan menaiki boat atau perahu. untuk sampai ke sebelah sana.
Daerah Sik hanya ada Pejabat tanah, Mahkahmah Majestrate, pejabat Pos, Balai Polis pejabat pertanian, Pejabat JKR, Pejabat bekalan Air dan last sekali ada Pejabat Letrik Hidro swasta. hmm.. agak kecil dan infrastruktur dia serba sederhana.. selain dari itu masih ada sekolah kebangsaan, Sk Chung Wa, Sekolah Enggeris Kampung dusun.
Didaerah sik ada perangin dan Lata Mengkuang (dekat dengan perumahan keda)
daerah sik bersebelahan dengan daerah Baling. Disebelah utara boleh terus pergi ke Alor Setar.
Tempat popular di sik ialah Tasik Pedu (Gubir) - aktiviti memancing dan reakrasi
Empangan tasik beris- aktiviti penginapan chalet, memancing dan
penanaman buah anggur hijau dan merah
harganya RM 10.00 / 500 gm.
Topo bumi di kelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. suasana hijau menyegarkan dan keadaan dingin di belah pagi. dan banyak mendapat hujan.
Kehidupan disini meliputi kerajaan dan Services swasta
No comments:
Post a Comment