Tahukah Anda apa itu DCA (Dollar Cost Average)
DCA - sekiranya kita beli saham contohnya...
harga Saham ABC bernilai RM 2.00 sebanyak kuantiti
keesokanya harga jatuh disebabkan kita salah analisa saham
maka kita akan mengalami kerugian di atas kertas.situasinya
kalau kita jual kita akan rugi. so kita beranggapan harga akan
naik balik..
Disini kita boleh gunakan cara DCA untuk mengurangkan nilai
harga tadi dengan membeli sejumlah saham dengan harga
lebih rendah. mungkin kita akan averagekan harga menjadi
satu unit lebih rendah dari harga RM 2.00 tadi kepada
RM 1.00 maka bolehlah kita buat perancangan untuk keluar
lebih cepat atau keluar dari rugi yang lebih tinggi.
sekian terima kasih
Blog ini mempromosikan produk-produk tempatan dan juga produk-produk kewangan
Wednesday, June 25, 2014
Tuesday, June 24, 2014
Apa itu - GAP Up dan GAP Down
Gap Up - terjadi ketika Volume Tinggi dan harga yang di diminta lebih tinggi dari harga ditutup semalam
Bila di buka uruniaga hari ini maka harga akan naik ke atas pada harga yang diminta oleh pelabur
Gap down - Ialah Harga Hari ini lebih rendah dari harga semalam. Maka terjadilah Gap down. untuk lebih
lebih jelas lagi kita lihat pada Graf dibawah:-
Bila gap terjadi, maka gap tersebut selalunya mempunyai Volume tinggi dan harga tidak akan menutup gap tersebut dalam masa yang singkat, Apabila gap down terjadi maka di situ kita lihat line support baru akan terbina.
Gap Up Pattern
Gap terdiri dari 4 bahagian Gap:
1). Breakout Gap - Gap ini terjadi bila price nak breakout resistance line yang hampir. (boleh
pada Graf di atas).
2). Continuous Gap-Gap ini terjadi di tengah2 trend menaik atau menurun disebab Volume tinggi

3).Exhaustion Gap- Gap yang terjadi di hujung puncak trend candlestick tersebut

4).Common Gap. Breakout-Gap ini terjadi pada trend saham yang berharga tinggi
tetapi nilainya tiada banyak perubahan.
Ada sedikit tips jika anda berjumpa dengan gap-gap seperti yang sudah dibahas di atas. Gap adalah salah satu titik yang paling ampuh dalam menentukan support atau resistance dari pergerakan harga. Hal ini terjadi karena hampir selalu gap tertutup, entah cepat atau lambat. Hal inilah yang memebuat titik sekitar gap menjadi titik support dan resistance yang ampuh.
Semoga bermanfaat pada kita semua
Gap Up - terjadi ketika Volume Tinggi dan harga yang di diminta lebih tinggi dari harga ditutup semalam
Bila di buka uruniaga hari ini maka harga akan naik ke atas pada harga yang diminta oleh pelabur
Gap down - Ialah Harga Hari ini lebih rendah dari harga semalam. Maka terjadilah Gap down. untuk lebih
lebih jelas lagi kita lihat pada Graf dibawah:-
Bila gap terjadi, maka gap tersebut selalunya mempunyai Volume tinggi dan harga tidak akan menutup gap tersebut dalam masa yang singkat, Apabila gap down terjadi maka di situ kita lihat line support baru akan terbina.
Gap Up Pattern
Gap terdiri dari 4 bahagian Gap:
1). Breakout Gap - Gap ini terjadi bila price nak breakout resistance line yang hampir. (boleh
pada Graf di atas).
2). Continuous Gap-Gap ini terjadi di tengah2 trend menaik atau menurun disebab Volume tinggi

3).Exhaustion Gap- Gap yang terjadi di hujung puncak trend candlestick tersebut

4).Common Gap. Breakout-Gap ini terjadi pada trend saham yang berharga tinggi
tetapi nilainya tiada banyak perubahan.
Ada sedikit tips jika anda berjumpa dengan gap-gap seperti yang sudah dibahas di atas. Gap adalah salah satu titik yang paling ampuh dalam menentukan support atau resistance dari pergerakan harga. Hal ini terjadi karena hampir selalu gap tertutup, entah cepat atau lambat. Hal inilah yang memebuat titik sekitar gap menjadi titik support dan resistance yang ampuh.
Semoga bermanfaat pada kita semua
Monday, June 23, 2014
Bullish trap dan Bear trap.
Bullish trap - terjadi selepas terbentuknya tiga support dan seharusnya trend akan menaik tetapi trend price turun melebih ketiga-tiga support line.
kita lihat chart di bawah --->>>

Bear trap - juga terjadi sebaliknya lihat dibawah ini --->>>

Jadi kita harus berhati2 dalam TA...
di harap dapat berkongsi sedikit ilmu TA dengan kawan2 semua
Assalamualaikum.
Bullish trap - terjadi selepas terbentuknya tiga support dan seharusnya trend akan menaik tetapi trend price turun melebih ketiga-tiga support line.
kita lihat chart di bawah --->>>
Bear trap - juga terjadi sebaliknya lihat dibawah ini --->>>
Jadi kita harus berhati2 dalam TA...
di harap dapat berkongsi sedikit ilmu TA dengan kawan2 semua
Assalamualaikum.
Tuesday, June 17, 2014
Produk Pelancungan di Langkawi
(Mahsuri Travel Agency -Langkawi)
contact : Mohd Latiff/Fadli (019-5668004) EMAIL-tifla7@yahoo.com.
Harga boleh di rundingkan diskaun menanti anda
Melawat 2 hari 1 malam
Hari pertama
-10.30 am Melawat Kilang membuat produk gamat
-12.00 am Makan tengah hari di Restoran Hj Ramli atau setaraf dengannya
-02.00 pmTerus ke kabel Car
-03.45 pmMelawat Pusat Kraf tangan Langkawi
-05.00 am Check in Hotel sekitar Cenang/setaraf dengannya
-05.30 am Mandi di Pantai Cenang
-08.00 pm Shopping di Pantai Cenang (masa malam aktiviti bebas)
Hari kedua
-09.00 am shopping Cenang dan breakfast (Aktiviti bebas)
-09.45 am Melawat Makam Mahsuri
-10.30 am ke Pekan Kuah -Makan tengah hari ,Shopping -Beli Coklat, Kain Batik, Rokok, pakaian dan
lain -lain lagi.
(Mahsuri Travel Agency -Langkawi)
contact : Mohd Latiff/Fadli (019-5668004) EMAIL-tifla7@yahoo.com.
Harga boleh di rundingkan diskaun menanti anda
Melawat 2 hari 1 malam
Hari pertama
-10.30 am Melawat Kilang membuat produk gamat
-12.00 am Makan tengah hari di Restoran Hj Ramli atau setaraf dengannya
-02.00 pmTerus ke kabel Car
-03.45 pmMelawat Pusat Kraf tangan Langkawi
-05.00 am Check in Hotel sekitar Cenang/setaraf dengannya
-05.30 am Mandi di Pantai Cenang
-08.00 pm Shopping di Pantai Cenang (masa malam aktiviti bebas)
Hari kedua
-09.00 am shopping Cenang dan breakfast (Aktiviti bebas)
-09.45 am Melawat Makam Mahsuri
-10.30 am ke Pekan Kuah -Makan tengah hari ,Shopping -Beli Coklat, Kain Batik, Rokok, pakaian dan
lain -lain lagi.
TIPS
DAN PANDUAN TEMUDUGA
Ringkasan kata-kunci tips temuduga
Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran
kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya
apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada
syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu
berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria
penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
Ø penemuduga mahir tentang
apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang
kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak
mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang
mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada
pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa
persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø penemuduga tidak mungkin
tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya
terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah
hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø calon temuduga telah
mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas,
pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada
peningkatan prestasi syarikat.
Ø tidak
akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.
Ø kedua-dua pihak tidak
berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana
pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis
panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari
berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat
berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon
yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah
dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan
sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah
apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih
kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk
menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk
sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang
menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan.
Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :
Ø jangan secara
otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat
tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika
sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada
kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon
yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk
menghadiri temuduga.
Ø jika sekiranya
anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan
sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti
anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk
membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda
telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa
menghadapi temuduga.
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di
sekolah – lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.
Benar, temuduga ada sedikit persamaan
dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan
yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan,
di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza
kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama
menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu
terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh
mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara
teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu
kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak
ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga
dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan
anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.
Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang
mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang
apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya
kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya,
kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana
temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian
dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-
Ø mereka sahaja yang
banyak bercakap
Ø mereka kelihatan telah membuat
keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan
Ø mereka nampak seperti
mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø telefon mereka sentiasa
berdering dan dijawab semasa sesi temuduga
Ø mereka kelihatan tidak jujur
sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda
Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
Ø mereka telah pun terlebih dahulu
menyediakan soalan dengan teratur
Ø mereka ingin tahu apa yang
anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta
contoh-contohnya
Ø mereka membiarkan anda yang banyak
bercakap
Ø mereka ingin menemuduga anda lebih dari
sekali
Ø mereka sentiasa berusaha membuat
anda berasa selesa
Ø mereka secara jujurnya berminat
dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak
bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada
perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan
kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak
berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun
dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan
berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang
perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun
situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh
seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda
temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi
soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang
terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju
dengan pendapat mereka.
Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan ”Saya tidak tahu”
Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif
dengan menjawab soalan-soalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik
dengan penemuduga. Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka
hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang dikemukakan,
tanpa mengira samada benar-benar mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang
hebat adalah di mana anda dapat menjawab semua soalan (dan anda
semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda mengambil sedikit masa untuk
menyediakannya dengan betul); sebaliknya jika anda tidak mengetahui akan sesuatu
jawapan, adalah lebih elok anda mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya
atau mula bercakap berjela-jela tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan
penemuduga dapat merasakan omong kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak
suka kerana beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan membuat anda kelihatan
tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menghadiri temuduga
sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda.
Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh
memudaratkan sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda
tidak boleh mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada salahnya anda
berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan yang anda boleh cuba:
Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir
dalam bidang ini, walaupun saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi
keberatan, saya ingin mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan
tidak mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:
Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya
katakan ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati
untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya.
Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk
mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi
mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan
jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah
dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan
kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan
adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun
lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan
yang salah – bahawa majikan menggemari keterampilan seseorang melebihi mata
pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya.
Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan
amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan
seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak
atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra
anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi
bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.
Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang
lain, anda akan ditawarkan kerja
Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan
jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian
bermakna anda tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun,
temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya menjawab
dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang
anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak
memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya, seandainya
penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan berpeluang mendapat tawaran
pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar di temui ataupun
penemuduga itu adalah tersepit).
Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah
dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan
hubungan silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang
selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih
jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.
Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat.
Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan
percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang
sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.—ataupun mereka
memikirkan mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang
terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa
henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik
dari penemuduga.
Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang
ingin didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan
dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu,
kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan
penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ mungkin berakhirnya
temuduga anda.Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang
tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada
jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk
yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan
yang tepat.
Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri
Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda,
adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial.
Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak
menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri
mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan yang bercanggah). Misalnya,
menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi, berpakaian
compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda menghadiri
beberapa temuduga. Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga
mempunyai anggapan yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk
menghadiri sesuatu temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk
membahayakan anda!
Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan
Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk
mengamalkan sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa
menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari
kecelaan anda, besar kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda untuk
membentuk hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh
menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. Percayalah bahawa
kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan untuk mencari
kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk
memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si penemuduga
boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat
menyingkap kelemahan anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang
anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan
anda.
Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu
adalah satu peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk
melindungi yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk
menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah
objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung.
Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi
permulaan yang baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup:
memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan.
Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda
satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda
daripada terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu
gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat
menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.
Subscribe to:
Comments (Atom)